Wednesday, June 24, 2009

BAD MOOD TODAY..

Assalamualaikum..
Hari ni ummi fatihah rasa bad mood pulak..tak taulah mungkin atas sebab-sebab lumrah alam kot..dan jerit perih membesarkan fatihah..hikhikk..malam tadi fatihah tido kejap je..fatihah bangun 4am till around 5am..main2 atas katil..panjat2 badan ayah n ummi..hikhik..sonok ahh..cian ayah n ummi xleh tido...
macam mane nak mengatasi masalah fatihah ni..ade sesape boleh tolong..miahaha..!!!
ummi fatihah hari ni dapat news baru..ummi kene p training at Bukit Tinggi..uwahhhh..fatihah dapat tak ikut..ke kene tinggal nih..alaahhh..pastu ummi nak tinggal g induksi pulak..ummi fatihah rindu nanti..sedey..sopss sopss..

akhirnya tinggal kami berdua kat rumah yang luas nih..nanti fatihah tak dapat kiss ummi n amin ummi klau ummi nak pergi work..fatihah tak leh ta-ta ummi jugakk..

apapun..ummi selalu pesan kat fatihah..kalau ummi takde..fatihah tak boleh susah kan ayah..jadi anak yang solihah..jangan merengek..jangan tak tido..fatihah kena tolong ayahhh...

fatihah nak doalah moga ummi success dalam induksi n BTN..aminn...moga ummi di mudahkan dan sihat sepanjang kursus..doakan fatihah sihat juga sepanjang ummi tiada di rumah..amin Ya Allah..





Monday, June 22, 2009

8 MONTHS-FATIHAH

Salam semua..
Nur Fatihah Solihah coming back with my action..kihkih..
Sekarang fatihah dah 8 bulan dah..tp gigi tak da lagi..
Hari tuh fatihah demam saja coz fatihah nak ringan kan badan..
Tapi la ni fatihah dah sihat..fatihah dan pandai semua tau..
Fatihah pandai duduk, merangkak kejar ayah n ummi..kejar makan..
Fatihah suka panjat ayah n ummi coz fatihah dan pandai berdiri..yahuuu..

ni fatihah promote id card office ummi..fatihah suka main kad ummi ini geget2..hikhik..
huhu..apelah yg cuba fatihah lakukan nih..stunt girl dah nih..frust menonggeng ni nama nya coz nak berdiri tepi katil...

tolong lah daku..keletihan dah fatihah nih..dah melepek dah..
ummi!!! fatihah nak susu..

fatihah suka ketawe macam nih!! nampak cun coz gigi tak da..cun x???


ni aktiviti fatihah malam2 time ummi n ayah penat..fatihah lak nak main..main ngan ladybird tulah..sakit badan fatihah belajo merangkak nih tau...hushhh..

ngamokkk time ummi balik kerja..ummi kepong fatihah ngan bantal2 yang ada..nasib baik ummi bagi fatihah handbag ..boleh fatihah melaram..
oklah kawan-kawan..fatihah nak undur diri lah..dah ngantok lah..nak maasuk buai dulu yer...daaa kawan-kawan..ta-ta...

SELAMAT PENGANTIN BARU PN. ABIDAH ASMAN

Assalamualaikum..
lama sudah tak mencoretkan kata di sini..
mungkin kerana kerja-kerja yang ada membataskan diri mengilhamkan rasa di ruangan ini..
Apapun..congratulation to you abidah@abby ..moga perkahwinan yang di bina berkekalan hinggan hujung nyawa yer adikku..terima kasih kerana melayan karenah kami yer..
Masa pergi ke rumah abby ni fatihah di iringi oleh mama ekin nya..n papa baru nya..uppsss..thank lah yer both of u nak jdk marshall ktorg lalu kat sesak2..sampai sempot diri ku ini hah mengalunkan zikir kat fatihah time jalan sesak..huh..pengalaman ngeri lah mase tuh..tensen gak..
tak apalah..nak buat cemana dah tu resam area KL kan..sesak mesak jalan raya nya..ntah bile nak lapangg..miahahha..
Pada rakan.rakan,di tontonkan di sini kepilan foto-foto buat tatapan semua..
** tgk tuh fatihah sibuk nak buah tuh...**

** mak abby tuh tgh bincang ape yer..**

** ayah abby pulak dok merenung masa depan kerana anak dara nya dah di ambil orang..isk2..**

Monday, June 8, 2009

HARI INI HARI KERJA!!!!

Assalamualaikum..
hari ini ummi pula nak becerita..lama tak entry blog ni dek kerana kerja..
hari ini dynnur melaksanakan arahan "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" dari pagi datang office sampai lah sekarang ni baru free sikit.. item-item yang dynnur siapkan mcm senarai ni lah:
  • memo to BPPP - meeting isu keselamatan laman web JANM
  • memo to admin BPPP - kelulusan akses masuk data center JANM ( huh jenuh pi kutip nombor pas keselamatan pegawai INFRA nih..isk2..)
  • issue log SOLMAN - uruskan log isu to Teliti Sdn Bhd untuk uruskan firewall GFMAS
  • planning isu-isu untuk meeting laman web
  • macam biasa lah cek and monitor apa yang patut

actually pagi tadi dapat call daripada Teliti..engineer firewall Teliti accident semalam di Senawang..to Haizam n family..moga cepat sembuh..cian sarah injured jugak..hopefully semua dalam keadaan selamat..ngeri sungguh bila dengar orang accident nih..

last weekend fatihah demam lagi..bila reda je demam terus nak merangkak dan nak duduk..macam-macam ragam lah fatihah nih..ayah pulak sekrang tengah busy 'study' nak exam Penolong Pegawai Trafik Udara (u29)..sayang fatihah selalu doakan abangg..moga sukses ye bangg..

dan dynnur pulak petang-petang ni ape lagi semak tempat shopping lah..ni lah list-list tempat shopping yang dynnur tgk..

http://princess-rania.blogspot.com/,http://3ascollections.blogspot.com/..

yang tu semua untuk fatihah..tapi ummi juling mate lah nak tengok..nanti2lah ummi beli yer sayanggg..huhuhu..

yang ni pulak untuk ummi..http://butik-stareast.blogspot.com,http://exclusiveapparel.blogspot.com/,http://shoppingnshopping.blogspot.com/

ya Allah..kabur kan lah mata ku untuk membeli-belah kat sini..masalahnye dynnur ni bukan beli belah..tapi beli tak bla2..ahahha..tiap2 hari tengok blog kalau dah minat...isk2..tulun..selamat kan duit ku..

oklah..dynnur nak minimart nih..nak isi perot macam nak kene isi something jer..nak discuss ngan bos, bos pulak meeting..so i will say ENJOY lah!!!huhuhu..ya ampunn..

daaa..

Friday, June 5, 2009

APA ADA DALAM SEBIJI EPAL???


SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.


Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.


Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.
Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.
Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.
Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.
Dynnur: ermm fatihah suke makan epal..wah bagus nih...nampaknye usaha ummi bagi fatihah makan epal tak sia-sia..hari ni rindu pada fatihah..pagi tadi badan die panas sikit..ntahlah..agaknye nak merangkak kot..huhu..oklahh..banyak keje nih..daaa..wasalam..