Tuesday, February 24, 2009

KATA-KATA IBU BUAT KU..

Live well, laugh often, and love with all of your heart!

Anak ku,
Suami mu itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak akan kekal,

hidupnya ada batas dan akhirnya dia akan pergi daripada mu... Suatu masa nanti engkau akan tetapkehilangannya...

Kerana itu,

selagi terbuka peluang untuk engkau merebut pahala sabar, redha dan syukurini....rebutlah anak ku.

Dan jika sakitnya terlalu menusuk,

bagaikan menghiris hati mu,
datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu...

Katakan,
bukan engkau tidak redha,
tapi engkau adalah hambaNya yang terlalulemah..
Mohonlah pimpinan dan kekuatan dariNya...
jika belum Dia mahu mengangkat derita itu,
maka mintalah derita itu menjadi sebab untuk engkau terus berada dalam perhatian dan kasih sayangNya...

Ingatlah juga anak ku ,
bahawa mungkin ini juga satu hukuman untuk mu..
Hukuman pada dosa-dosa yang tidak bersungguh-sungguh kita memohon keampunan daripadaNya...
Dengan datangnya ujian ini, moga kita akan sedar dan insaf sendiri...
Sedar yang kita hanyalah hamba yang layak dihukum apa saja olehNya..
Supaya kita datangkepadaNya,
merayu-rayu meminta ampun pada kesalahan kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang hanya Allah sahaja boleh memberikannya..


Anakk ku,
Doakanlah terus untuk suami mu...
Dan doakan juga untuk diri mu sendiri...
Engkau sedang melintasi satuj ambatan yang pendek tapi sulit, untuk pergi ke satu mahligai yang kekal abadi dan bahagia yang hakiki...
Berbaktilah sesungguh hati padanya,
yang telah Allah tentukan sebagai suami mu.
Dan hasilnya jangan kau tuntut darinya anak ku,
tapi nantikanlah ia di Akhirat yang kekal abadi...

*******************************************************

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yg kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku…Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa dihati

Hanya padamu ku bermohon..

Amin..

Friday, February 20, 2009

DOAKU DI HARI JUMAAT YANG BARAKAH INI...AMIN..

Ya Allah, andai Kau perkenan...

limpahkanlah kepada kami cinta yang Kau jadikan pengikat rindu Rasullullah dan Khadijah...
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang Saidina Ali dan Fatimah Az Zahra...
Yang Kau jadikan penghias keluarga NabiMu yang suci...

Ya Allah, andai semua itu tidak layak bagi kami maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhaMu...
Ya Allah, Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai dikala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling berhibur dikala duka, saling mengingat dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, saling menyempurnakan dalam peribadatan...

Ya Allah, sempurnakan kebahgiaan kami dengan menjadikan zuriat kami NUR FATIHAH SOLIHAH sebagai bukti pengikatan cinta kami kepada sunnah Rasullullah...Amin Ya Rabbal 'Alamin...

---terima kasih abang...tatkala kita susah sama-sama menitiskan air mata, tatkala kita senang sama-sama bergembira..syukur atas kurniaan kebahagiaan ini buat kita sekeluarga, tidak ternilai rasanya kasih sayang mu buat kami..moga Allah memberkati keluarga ini dengan rahmah kasih sayang dari dari NYA...---


Thursday, February 19, 2009

PETUA UNTUK CANTIK : SUMBER - DR.FATMA AL-ZAHRA

Untuk awet muda both internal & external.
Zikir - Baca

" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

** SAYA JUGA MENGAMALKAN SURAH AL WAQIAH TERUTAMANYA KETIKA HENDAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN, TEMUDUGA etc....alhamdulillah Allah Maha Berkuasa menentukan segalanya..hati menjadi tenang dan lebiih yakin setelah kita mengamalkan surah ini dalam kehidupan seharian..moga-moga rezeki yang diperolehi di berkati untuk diredhai Allah...aminn...****

MARI BERAMAL...CUBA-CUBALAH...

INGATI MATI AGAR KITA SENTIASA MENGINSAFI DIRI SEBELUM DI JEMPUT ILAHI....

Tanda-tanda kematian:
1. 100 hari: Seluruh badan rasa bergegar.
2. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
4. 7 hari : Mengidam makanan.
5. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
6. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
8. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan ashar.
9. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.
”Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.
”Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.
”Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
”Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat :
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
”Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wednesday, February 18, 2009

18 / 2 / 2009 - MASIH MENCARI-CARI???

hari ini dapat satu lagi laman web yang serba sedikit dapat menyumbangkan ilmu pada saya..http://sembangkomputer.com..banyak info yang berguna boleh diguna pakai dalam kerja-kerja seharian ku di office ni..saja menambah ilmu di samping kerja-kerja rutin yang tak pernah habis.....huhu...

ada jugak dapat web yang boleh transfer tulisan rumi ke JAWI..www.ejawi.net..ermm ada juga laman web sebegini yang memudahkan kita untuk menulis jawi dan menyemarakkan lagi tulisan jawi di kalangan generasi muda..( teringat zaman sekolah agama dulu..jadi orang pertama dalam kelas pandai baca jawi sebab mak selalu ajar paper jawi masa start umur 4 tahun...ekekeke..)..so, hasrat di hati nak ajar fatihah macam tu juga biarlah dia pandai jawi moga tak lupus dek zaman...

oklah..ada kerja nak di buat..ada masa jari ni nak jugak berjoget lagi..esok ada kursus..