Showing posts with label Diari harian ku 2009. Show all posts
Showing posts with label Diari harian ku 2009. Show all posts

Monday, June 29, 2009

TERKENANG PADA TEMPAT YANG DULU


Assalamualaikum pembuka kata..
Hari ini ummi fatihah tak da meeting,ada masa lah jugak nak mem'blog' kan diri..ummi fatihah saje-saja buka web UTHM..ntah rasa hati nak menjejak kan jari kat sane kan..lantas ada lah picture2 yang menggamit kenangan lalu di tempat yang penuh sejarah nih..
BUAT TEMAN2..TIADA NIAT MENGUNGKIT KENANGAN SILAM CUMA HANYA DIRIKU SAJA YANG RINDU AKAN KENANGAN ITU..
di library inilah ummi fatihah meneroka ilmu..mencari-cari sumber untuk mengilhamkan minda dalam menelusuri alam sebagai mahasiswi..corner ni kadang-kadang je aku dan geng2 ku dapat duduk..hikhikk..tp di sebalik corner ni tersirat satu kisah..tp macam banyak kisah pulak yg tercipta di perpustakaan UTHM ini..kisah yg tercipta buat teman-teman..kisah aku hanya pernah bertemu teman lama di sini..Allahyarham Sazly, teman sepersekolahan dulu tapi umur nya tidak panjang..habis sahaja praktikal di sini ajal nya tiba..aku ingat lagi perbualan ku bersama dia;
aku: ko bile nak tunang..
dia: insyaAllah sampai masa nya, klau tetibe aku langgar org jatuh ntah2 org tuh lah jodoh aku...
kali terakhir aku bercakap dgnnya..Al.Fatihah..

yang ini pulak..surau masa mula-mula aku masuk UTHM dulu..tp bukan UTHM tp KUiTTHO...uppsss..sebot betol2 yerr..surau ni dulu tempat aku berusrah n kuliah bersama-sama senior..semua ini dalam memori..tapi surau ini juga menjadi kenangan buat seseorang..

Pusat Kesihatan..aku penah beberapa kali pergi ke sini tapi hanya untuk temankan "teman-teman" ku yang tak sihat..jauh tuhh nak jalan p kat situh..lenguh lutut..hikhikk..

isk2 amenda pulak yang ade lesen L ni..bukan pusat memandu lah..tapi pejabat pos..adelah jugak pergi sini teman kawan-kawan gak..agaknye aku ni keje jalan teman kawan kot..hikhikk..tp bangunan sebelah pejabat pos tu aku selalu pergi bila ada urusan rasmi@ tak rasmi @ time bila PTPTN ada masalah..Pejabat Pendaftar lahh..macam-macam hal yang berlaku kat situh..isk2..hal yang happy..kesah yang sedih semua ada di sini..

WAHAI TEMAN..SESUNGGUHNYA DIRI KU AMAT MENGAGUMI KETABAHAN MU..MAAF KAN AKU KERANA HANYA SEKADAR PENONTON DI KALA ITU TANPA DAPAT MEMBANTU MU..

kawan2..jom makan...mahal gak makan kat cafe nih..gambo sapa pulak yang ku tepek nih..ntah lah tak kenal..cafe ni ade sweet memori jugak..ni lah cafe masa aku duk dalam kampus..1st time dating pon kan sini jugak..ingat lagi my habib pkai baju kuning dan ku hadiah kan Al-Quran merah emas buatnya..macam lagu KASIH KEKASIH..
kau tahu ku merinduimu..
ku tahu kau menyanyi ku..oh kasih...

di hati ini hanya tuhan yang tahu.

bait-bait lagu memori buat ku dan juga mungkin teman-teman ku..

hikhikk..bas nak p mana nih..meh booking tiket..ngehngeh..benornye bas inilah yang bawak diriku n teman2 p pekan parit raja n masa study kat kampus luar dulu-dulu..bila duk dalam bas ni macam2 yang dikenang dan terkenang..rasa best sgt bila naik bas ni ke UPM dan Bukit Kepong..indah saat-saat itu..apa kabar warga-warga bas seangkatan ku ini sekarang???

lastly..ni bank negara aku kat UTHM ni dulu-dulu..bank muamalat..hikhikk..PTPTN masuk je beratur kat sinih cek duit..huhu..sebelah die ada cafe jugak..lagi sedap makanan kat sinih..teman ku cik Ekin suke makan tempe goreng n sambal kicap kat cinih..Cik Yan pulak suka makan ayam goreng n paru kat sinih kan..kan..wah kuat lagi ingatan ku ini..boleh sambung study nih...miahahha..
eheh..dah tak da gambo lagi dah..ade2 tapi dalam album..lagi banyak simpanan kesah2 di sini..dah pukol 12 lebih nih..time to sleep..hikhikk..petang2 karang nak pikir pulak nak buke pose apa petang nih...
salam buat semua..

Monday, June 8, 2009

HARI INI HARI KERJA!!!!

Assalamualaikum..
hari ini ummi pula nak becerita..lama tak entry blog ni dek kerana kerja..
hari ini dynnur melaksanakan arahan "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" dari pagi datang office sampai lah sekarang ni baru free sikit.. item-item yang dynnur siapkan mcm senarai ni lah:
  • memo to BPPP - meeting isu keselamatan laman web JANM
  • memo to admin BPPP - kelulusan akses masuk data center JANM ( huh jenuh pi kutip nombor pas keselamatan pegawai INFRA nih..isk2..)
  • issue log SOLMAN - uruskan log isu to Teliti Sdn Bhd untuk uruskan firewall GFMAS
  • planning isu-isu untuk meeting laman web
  • macam biasa lah cek and monitor apa yang patut

actually pagi tadi dapat call daripada Teliti..engineer firewall Teliti accident semalam di Senawang..to Haizam n family..moga cepat sembuh..cian sarah injured jugak..hopefully semua dalam keadaan selamat..ngeri sungguh bila dengar orang accident nih..

last weekend fatihah demam lagi..bila reda je demam terus nak merangkak dan nak duduk..macam-macam ragam lah fatihah nih..ayah pulak sekrang tengah busy 'study' nak exam Penolong Pegawai Trafik Udara (u29)..sayang fatihah selalu doakan abangg..moga sukses ye bangg..

dan dynnur pulak petang-petang ni ape lagi semak tempat shopping lah..ni lah list-list tempat shopping yang dynnur tgk..

http://princess-rania.blogspot.com/,http://3ascollections.blogspot.com/..

yang tu semua untuk fatihah..tapi ummi juling mate lah nak tengok..nanti2lah ummi beli yer sayanggg..huhuhu..

yang ni pulak untuk ummi..http://butik-stareast.blogspot.com,http://exclusiveapparel.blogspot.com/,http://shoppingnshopping.blogspot.com/

ya Allah..kabur kan lah mata ku untuk membeli-belah kat sini..masalahnye dynnur ni bukan beli belah..tapi beli tak bla2..ahahha..tiap2 hari tengok blog kalau dah minat...isk2..tulun..selamat kan duit ku..

oklah..dynnur nak minimart nih..nak isi perot macam nak kene isi something jer..nak discuss ngan bos, bos pulak meeting..so i will say ENJOY lah!!!huhuhu..ya ampunn..

daaa..

Friday, June 5, 2009

APA ADA DALAM SEBIJI EPAL???


SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.


Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.


Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.
Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.
Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.
Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.
Dynnur: ermm fatihah suke makan epal..wah bagus nih...nampaknye usaha ummi bagi fatihah makan epal tak sia-sia..hari ni rindu pada fatihah..pagi tadi badan die panas sikit..ntahlah..agaknye nak merangkak kot..huhu..oklahh..banyak keje nih..daaa..wasalam..

Wednesday, May 27, 2009

WAJAH KESAYANGAN HAMBA

salammm..
isk2 kali ini ummi pula nak cerita..wajah-wajah fatihah bila keriangan dan kepenatan..ni picture anak dara saya yang tak lama lagi cukup 8bulan..
dah besar dah anak ummi n ayah..
macam baru semalam ummi lahirkan fatihah tp hari ini fatihah dah besar..
Ya Allah..syukur atas nikmat Mu..
** wajah waktu subuh**
yang ini wajah riang dua insan tercinta..lepas solat maghrib jemaah ngan hubby mulalah session "play with debab"..huhu..tengoklah tuh..manja sungguh dengan ayah dia..gelak tak hengat dah tuh..asyam tak bau tiak ayah!!!!! huhuhu..smell like a cheese!!!sorry abangggg..
legenya tengok mereka berdua riang gembira..lagi-lagi fatihah yang sekarang ni dah nak pandai merangkak..aktif lah comel ummi n ayah nih..teruskan usaha mu sayang...kehkehh..

yang ni pula memang kegemaran dia main handbag ummi..mana tak tumpah kuah kalau tak mulut..miahahahahha...
asal nampak ja handbag aku terus nak geget sampai basah lencun...
fatihah ku sayangg..
ummi hari ini dah tak larat dah..pakai sweater pun sejuk juga...
macam nak beku..ujian Allah atas umat Nya..
daaaa..

Friday, May 22, 2009

10 RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.


Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka.

Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?". Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada".
Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya". Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:
1. Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2. Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4. Giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah.
5. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6. Tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
7. Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8. Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9. Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan).
10. Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian. Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)

Ya Allah...dekat kan hati ku dan hati-hati insan-insan di sekeliling ku mendekati Mu Ya Allah...aminn

Wednesday, May 13, 2009

TIAP HARI ADALAH HARI IBU...KISAH MAK..

ahad yang lepas semua ibu2, mak, ummi, mama menyambut hari ibu..SELAMAT HARI IBU MAK!!!..maaf tak dapat pulang menyambutnya..bila di rumah dengan fatihah rasa sedih sangat..hari itu hari yang sedih sebab 'dia' seakan lupa untuk menyambutnya demi kereta kesayangannya..
pada mira: sory amik pict blog mira utk di jadikan kenangan di blog cik mai nih!! hihi..
kek yang cantik hadiah dari anak2 sdara kepada ummi dan neneknya..


antara sisipan gambar menjadi pengubat hati ku yang jauh di sini..
wah mak dpt roses tuh!!!
bila bercerita tentang insan bernama MAK hati sering di serang rindu..
bertahun lamanya ku di sana tidak pernah berjauhan..bila tiba saatnya 06 Mac 2008 ku berhijrah ke sini mencari rezeki bersama suami tercinta..tinggal MAK di sana...sungguh waktu itu tiada kata mampu di lafazkan selain air mata berlinangan..

tiap detik yang dirakam terkenang kembali..
TERIMA KASIH kerana menjaga ku dengan terlebih baik selama ini..
TERIMA KASIH kerana berkorban membesarkan ku tanpa ABAH..
TERIMA KASIH atas doa-doa mu mengiringi kejayaan ku..
TERIMA KASIH atas titik air susu yang diberikan pada ku..
TERIMA KASIH atas kesabaran mu dengan sikap dan karenah ku..
BUKAN mudah menjadi ibu tunggal seperti mu..
miliki hati yang waja..tabah dan cekal..

Teringat kembali saat dirimu membangunkan diri di pagi hari..
menjual kuih di halaman rumah mencari setitik rezeki buat kami berdua..
berjalan kaki ke kedai nun jauh di bawah bukit mencari belanja rumah..sakit lutut mak...
BILA SENJA melabuhkan tirai..berjalan lah kita ke rumah jiran menumpang teduh di malam hari kerana takut berduaan di rumah sendiri..
BILA AZAN SUBUH berkumandang..aku dan mak bangun untuk balik ke rumah dan aku bersiap untuk ke sekolah....mak pula menghantar kuih-kiuhnya ke kedai...

di satu waktu, mak di marahi jiran kerana menjual kuih dihadapan rumah..
katanya " kuih ru jual asik abis je..kiuh saya tak abis je..".mak anggap menganggu rezeki dia..
tapi bumi Allah ini luas..tiap inci bumiNya adalah tempat kita mencari rezeki..
mak REDHA..mak menutup kedainya..demi untuk menjernihkan suasana..
mak cakap rezeki ada di mana-mana!!
mak mula runsing memikirkan di mana perlu mencari wang untuk belanja hidup kami..
mak susah nak tidur saban malam..
saban malam kami di hambat rasa ketakutan..
kerana HANYA KAMI BERDUA di teratak peninggalan abah..
dengan doa dan tawakal kami dapat rasakan lama kelamaan kami "dijaga" tiap malam..Ya Allah..syukur pada Mu kerana memelihara kami..

Alhamdulillah..tidak lama selepas itu, mak dapat kerja di kilang ayam berdekatan rumah..tiap pagi mak jalan kaki pergi bekerja..
siap sudah hidangan makanan bila mak keluar bekerja..
saat itu ku rasakan seorang ibu tua berumur 50-an tidak patut bekerja lagi..
tapi demi AKU..mak kuatkan semangat..duit gaji yang agak lumayan mak simpan..mak cakap " simpanan untuk HAJI mak dan untuk mai sambung belajar..."aku TERKEDU...
selesai tugas..mak pulang dengan lelah..tangan dan jejari mak terkena kulat air akibat daripada kerja-kerja pembersihan telur..
SEKALI LAGI AKU PILU..
APA LAGI YANG AKU MAMPU LAKUKAN..
mak hanya inginkan aku belajar..belajar dan terus belajar..
kadangkala semangat luntur tapi mak terus beri kekuatan..
aku cuba berikan kegembiraan buatnya..
ku berikan PMR yang gah buat mak..ke berikan SPM yang cemerlang buat mak..
mak menangis kegembiraan..menunggu di depan pintu saat tiba aku pulang membawa perutusan gembira dari sekolah..tangis itu aku sahut dengan kesyukuran..
SUJUD SYUKUR PADA MU YA ALLAH..
yang bernama aku mula memikirkan hala tuju hidup ku..
BELAJAR?? mampukah mak saat itu..aku seakan patah semangat..
tapi mak nasihat.."belajarlah..tu je yang boleh tolong mai biar senang.."
air mata bercucuran..mencari kekuatan untuk meneruskan perjuangan..
DIPLOMA ku peroleh..IJAZAH ku julang...
HADIAH BUAT MAK...
SAAT NAMA KU DI UMUM KAN DI DEWAN..
AKU BERDOA AGAR AKU TIDAK LUPA JASA MAK...
AGAR AKU TIDAK ALPA PENGORBANAN MAK...
DOA-DOA YANG DIPANJATKAN TIAP SOLAT SE AKAN DI MAKBULKAN ALLAH..
AMIN YA ALLAH..
syukur atas nikmat dan rahmat mu..

KINI..mak boleh berbangga dengan ku..
penat lelah mak AKU HADIAH KAN DENGAN KEJAYAAN KU KINI..
KERJAYA KU..bukan galang gantinya untuk aku membalas jasa mak..
hanya dapat memberikan sedikit balasan buat HATI SEORANG MAK..

kini kita hidup berjauhan..aku berdoa agar mak dilimpahi kerahmatan..MAK MEMANG TABAH..kini anak mu adalah milik suaminya..tapi anak mu tetap anak mu..sehingga kini mak tetap menjaga ku..sakit pening ku dalam pantang mak tetap mengurus ku..berjaga saban malam menjaga anakku..SAAT ITU..baru ku tahu HATI SEORANG IBU..rela berkorban apa sahaja demi seorang yang bernama ANAK..kerana kini aku juga BERGELAR UMMI..anakku dan suami ku adalah keutamaan ku..MAK tetap dihati ku..
KEPADA SEMUA..RAIKANLAH IBU MU SELAGI DIA MASIH BERNAFAS DI DUNIA INI....KERANA SESUNGGUHNYA BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI SEORANG IBU!!!!

Tuesday, March 17, 2009

17/03/2009 - DALAM JIWA ADA DIA..


salam semua...
pembuka kalam buat renungan
melungsuri blog dari insan lain
terpaut hati pada rasa nya
terpalit rasa hiba membacanya
ditinggalkan harta kesayangannya
waris cintanya...
bagaimanakah jika aku berada ditempatnya..


*************************************************************************

~~ Petikan~~
Selamat tinggal, anakanda sayang. Tiba masanya, pimpinlah tangan ibu dan ayah serta semua saudaramu menuju ke syurga. Sepertimana, namamu, ‘Amir Yusuf’. Yang memimpin. Entah bagaimana agaknya, rupa anakanda di sana nanti. Semoga di sana, kita bersama kecapi kebahagiaan untuk selamanya di dalam rahmat kasih-Nya.


“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayat-Nya”
Al-Baqarah: 156-167.

***************************************************************************

itulah saham kita di sana
memimpin tangan ayahanda dan bonda
ke syurga...
waris ku
moga dirimu menjaga kami hingga mata ini terpejam rapat
meninggalkan mu suatu masa nanti
harapan yang pasti
jadilah hamba Allah yang taat
jadilah zuriat yang soleh solehah
tiada harta ditinggalkan
hanya didikan dan ajaran
buat bekalan di hari mendatang
~~ Dedikasi buat NUR FATIHAH SOLIHAH~~

Monday, March 16, 2009

16 Mac 2009 ~~ ITU HATI YANG BERNAMA AKU~~


sekapur sireh seulas pinang...bahasa dulu-dulu


lama sudah tidak mencoretkan sesuatu rasa di sini..


kesibukan yang ada


rasa yang tidak menentu


fikiran yang melayang


hati kadangkala suka kadangkala duka..


wajah ini membuat ku gembira


meniup semangat untuk terus berusaha demi dia



halangan tidak di hirau demi kehidupannya


Allah Maha Mengetahui niat rasa hati


senyuman ini manis di jiwa


tiupan semangat luntur tanpa dia


'speechless' bila berkata tentang dia.....


kurniaan dariNya ..




~~salam akhir coretan~~



**meet my baby at 6.00pm..**

Wednesday, February 18, 2009

18 / 2 / 2009 - MASIH MENCARI-CARI???

hari ini dapat satu lagi laman web yang serba sedikit dapat menyumbangkan ilmu pada saya..http://sembangkomputer.com..banyak info yang berguna boleh diguna pakai dalam kerja-kerja seharian ku di office ni..saja menambah ilmu di samping kerja-kerja rutin yang tak pernah habis.....huhu...

ada jugak dapat web yang boleh transfer tulisan rumi ke JAWI..www.ejawi.net..ermm ada juga laman web sebegini yang memudahkan kita untuk menulis jawi dan menyemarakkan lagi tulisan jawi di kalangan generasi muda..( teringat zaman sekolah agama dulu..jadi orang pertama dalam kelas pandai baca jawi sebab mak selalu ajar paper jawi masa start umur 4 tahun...ekekeke..)..so, hasrat di hati nak ajar fatihah macam tu juga biarlah dia pandai jawi moga tak lupus dek zaman...

oklah..ada kerja nak di buat..ada masa jari ni nak jugak berjoget lagi..esok ada kursus..

Tuesday, February 17, 2009

KENAPA TIBA???

--** kenapa tiba-tiba aku teringat masa lalu yer??? ntah lah..memori yang kadang-kadang mengusik jiwa..bila menatap picture tuh semua kenangan bermain semula macam filemm dalam panggung..huhu

dengan tersarungnya jubah tu tahun 2007 maka lerai lah segala penat lelah selama 5 tahun di tanah Parit Raja tuh...perjalanan penuh ranjau di tempuh bersama..susah senang hanya kita merasa..tiada yang lebih indah dari kenangan itu...

2008-2009...rentetan dari peristiwa 2007 tuh, maka kami dipertemukan kembali di sini....PUTRAJAYA..kembali bersama memerah keringat mencari setitik rezeki buat bekalan hidup..aturan Allah menyatukan kita kembali..walaupun kau di WP nun jauh atas bukit..aku di AG nun di tepian masjid..anda pula jauh di bulatan besar tuh...namun kita di bumi yang sama..tak di sangka kan???? ITULAH PERANCANGAN ALLAH...

kini..nak duduk rumah dekat2 pulak..moga di satukan..amin..SALAM BUAT SAHABAT2 KU HASIKIN DAN AZIYAN..ekin -ko memang kuat..ekin boleh..yan- teruskan cita-cita untuk miliki apa yg ko inginkan..tutttt...

KUARTERS..MEMANG ADA DISKRIMINASI!!



....rentetan dari hari semalam..tak berapa nak sehat semalam..maybe penat mase weekend kan berkemas umah..ingat bulan ni dapat pindah kuarters, tapi nak buat camne kan rezeki tiada untuk rumah teres..so ambil keputusan untuk downgrade tpi tak sangka pulak BPH bagi gred G..alahai baik tak payah pindah..memang bengang jugak semalam ulang alik ke JPM tu..tp hasilnya x seberapa..

itulah suasana berurusan dengan kerajaan ni..banyak pilih bulu..eh betul ke bahasa?? biarlah..ada kekosongan rumah cakap takde..macam-macam alasan yang di beri..tapi hati ni berkata "..redha jelah..tunggu rumah lain moga-moga ada rezeki fatihah nak duduk rumah best lepas nih..leh dapat bilik mainan ye sayang..akan ummi usahakan..

cerita pasal anak ni teringat kesah semalam!!! huh sungguh menyayat hati ada seorang maid ni simpan anak dia dalam laci selama 3 hari..mcm mane lah tuh..bagi minum air masak je..alahai derite nye si anak ni..dapat membayangkan betapa lah si kecil tuh merintih menagih kasih sang ibu bapak yang tidak bertanggungjawab nih..DUNIA KINI SUDAH LERAI HATI MANUSIANYA DARI SIFAT BELAS IKHSAN DAN KASIH SAYANG !!!!

Thursday, February 12, 2009

Meeting Pengurusan 1/2009..rasa di dalam hati..

Hari ni tepat jam 9 am meeting dah mule..pengarah tiada hari ni, so di ganti dgn timbalan pengarah yg baru..ermm mule2 takut jgk tp bila dia dah bersuara alhamdulillah fleksibel orgnye walaupun still 'anak dara'...

Mula-mula mmg cool jer meeting ni, last2 ade jgk adhoc kes yg membuatkan dua unit berbalah..membosankan bile dgr..nasib baik unit saya tiada masalah besar yang ditimbulkan cuma bos baru mintak kami restructure balik task-task kami..pas ni busy dgn POC for IPS (Intrusion Prevention Systems)...

Pukul 10 rest makan n.lemak ayam..time2 asik meeting ni mkn free jelah..jimat gak duit..huhu..so 12.30 pm dah siap meeting..nak bace online paper tp dah bosan ngan hal ehwal semasa sekarang ni lg2 bab politik Malaysia yg dah tunggang tebalik nih..CUME BEST JE TARIF ELEKTRIK DAH TURUN..alhamdulillah...x leh ckp lebih2 kat blog ni nnt ade pulak 'org JPA' masuk blog ni kene tatatertib lak..

Oklah..tetibe teringatkan si kecik kat rumah pengasuh..mlm td fatihah batuk..berjangkit gan seorang budak namenye Iskandar yang suke sgt kat die..xboleh berenggang ngan fatihah..bile org lain nak main ngan fatihah mengamuklah die ckp tu adik die..mcm2 budak2 nih..dah berjangkit batuk tuh sek kene cium jer...TABAHLAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH YE SAYANG..

mlm td fatihah tetido sendiri mase ummi die lipat kain smbl berzikir ngan die..tetibe tgk die dah lene..kesian die..rindu agaknye kat ummi yg selalu dodoikan die..yelah..blk2 keje je ummi die kene kmas umah..basuh baju..sediakan keperluan untuk esok..lipat kain, kemas baju etc...tu yang kadang2 mase dgn si kecik ni limited sgt..alih2 je die dah tido..dpt main bile bgn pagi jerr...MAAF SAYANG KALAU AYAH N UMMI KURANG MEMBERI PERHATIAN DAN KASIH SAYANG...TAPI KASIH SAYANG KAMI TAK PERNAH BERBELAH BAGI UNTUK MU NUR FATIHAH SOLIHAH...

Ehhh...dah banyak jari ni menari2 kat depan PC nih..aduhai..oklah..SALAM BUAT SEMUA..

Tuesday, February 10, 2009

9 Februari 2009

Hari ni di mulai dengan lafaz Bismillah...

Bgn pg td rase riang di hati melihat si comel ketawe riang..tanpa di kejut bila azan bergema fatihah bangun dgn senyuman..Maha Suci Allah..dgn laungan azan itulah dpt mengejutkan fatihah saban hari..

Smpi office rase mcm x byk kerja hr ni..bos cuti..so hr ni kesempatan di ambil untuk mencari ilmu di ruangan maya nih..aktiviti yg biasa dilakukan sekiranya ada kelapangan..

Teringat pulak..last saturday meet my best friend..lame xjmpe kan yan..bile blk dr jmpe ko tuh jamal tanye.."..dulu2 tepikir x nak jmpe kat putrajaya ni lepas terpisah di bumi UTHM..hehe.."..

Mase telah berlalu..tiap pertemuan pasti ada perpisahan..tp tiap perpisahan pasti ada hikmahnya..nilah hikmahnya..bertemu kembali di bumi PUTRAJAYA semula..tempat kita mencari rezeki buat bekalan hidup..harap-harap rumah kita nanti dekat2 lah walaupun hasrat utk duduk office sebelah-menyebelah xdpt lg...mungkin 1 hr nnt..

Pd ekin, bile lg nak duk umah dekat2 mcm kami???? fatihah tgg ni..

Oklah..ckp smpi di sini..nak teruskan misi untuk menambah ilmu..

Friday, February 6, 2009

Akhirnya..


Assalamualaikum...

akhirnya berjaya jgk create blog sendiri dgn kelapangan masa yg ade..

best jgk explore blog nih..moge lepas ni blh lah mencoretkan sesuatu dlm blog nih..

dpt jgk jual produk2 yg ade dlm akaun ku ni untuk dijadikan shopping mall wat kwn2 kat luar sane..


k lah..nak smbg keje off ckit..


smpi d sini..