Wednesday, May 27, 2009

WAJAH KESAYANGAN HAMBA

salammm..
isk2 kali ini ummi pula nak cerita..wajah-wajah fatihah bila keriangan dan kepenatan..ni picture anak dara saya yang tak lama lagi cukup 8bulan..
dah besar dah anak ummi n ayah..
macam baru semalam ummi lahirkan fatihah tp hari ini fatihah dah besar..
Ya Allah..syukur atas nikmat Mu..
** wajah waktu subuh**
yang ini wajah riang dua insan tercinta..lepas solat maghrib jemaah ngan hubby mulalah session "play with debab"..huhu..tengoklah tuh..manja sungguh dengan ayah dia..gelak tak hengat dah tuh..asyam tak bau tiak ayah!!!!! huhuhu..smell like a cheese!!!sorry abangggg..
legenya tengok mereka berdua riang gembira..lagi-lagi fatihah yang sekarang ni dah nak pandai merangkak..aktif lah comel ummi n ayah nih..teruskan usaha mu sayang...kehkehh..

yang ni pula memang kegemaran dia main handbag ummi..mana tak tumpah kuah kalau tak mulut..miahahahahha...
asal nampak ja handbag aku terus nak geget sampai basah lencun...
fatihah ku sayangg..
ummi hari ini dah tak larat dah..pakai sweater pun sejuk juga...
macam nak beku..ujian Allah atas umat Nya..
daaaa..

WEEKEND AT JUSCO BALAKONG

assalamualaikum semua...
fatihah coming in da house..hikhik
lama fatihah tak story mory kat blog ni coz ummi tak sehat..
ummi demam, batuk n flu..musim kan sekarang akibat suhu panas melampau..
ummi cakap mesti Bumi Allah ni dah panas dengan adengan-adengan manusia yang alpa akan hari akhirat..ummi pun slalu ingatkan diri ummi sendiri..
fatihah pun kene blajar jadi anak yg solihah..upsss..it's my name..SOLIHAH..
last weekend..ayah bawa fatihah n ummi g jusco balakong..sesaje jenjalan cuci mate je coz ummi n ayah lum gaji..fatihah pun dapat makan roti jer..huhuu..tak pa lah rezeki Allah..TAPI..
picture kat atas tuh favourite fatihah..geget tali handbag ummi..errmmm sedap utk gusi fatihah..
hah tengok tuhh..tak habis-habis makan handbag tatkala ummi n ayah nikmati makanan yg lazat..kasihanilah anakmu ini..huhuhu..

last-last ummi bagi fatihah makan roti lembut...ermm sedap..tp ummi bagi sikit je..mana cukup..nak whippe potato tu jugak lah ummi..

erkk alhamdulillah..dah kenyang..nak balik nih..fatihah main bebear ni sampai tetonggeng-tonggeng...

fatihah nak tunjuk wajah ayu nih..alahai..ayu ke NUR FATIHAH SOLIHAH ni??? insyaAllah..moga ayu dengan didikan ummi dan ayah..aminn..
oklah nak pikir cerite ape lagi lepas nih..daaaa..

salam

Friday, May 22, 2009

10 RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.


Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka.

Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?". Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada".
Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya". Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:
1. Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2. Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4. Giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah.
5. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6. Tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
7. Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8. Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9. Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan).
10. Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian. Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)

Ya Allah...dekat kan hati ku dan hati-hati insan-insan di sekeliling ku mendekati Mu Ya Allah...aminn

Thursday, May 21, 2009

WAJAH-WAJAH FATIHAH

assalamualaikum!!!
fatihah is coming back..ni edisi aksi macam-macam fatihah di malam hari..
tengok ni..fatihah geram ngan ummi nih..asik snap picture fatihah jer..
tengok siap pulas tangan lagi nih..isk2..
comey tak fatihah..rambut ade jambol...rockkk!!
subhanallah..ummi n ayah ampun..nanti fatihah dah besar fatihah tutp rambut yerr...fatihah dah pandai main tangkap-tangkap sambil cakap "etttaaa..arrrrr..."tulah yg fatihah cakap sekarangg..

tengok ni fatihah suka benda ni..makan spray poo-poo fatihah..
ayah selalu renjis fatihah pakai spray nih..tak layan dah bebear fatiah tuh..tecampak kat tepi..masa ni fatihah nak mandi pagi..ummi seksikan fatihah..maluuuuuuuuuuu...

ehhhh..ummi dah nak balik kerja..fatihah nak nyorok lah..nanti ummi gomol muka fatihah..hikhik..
ok salam untuk semua..


Wednesday, May 20, 2009

DI SEBALIK RAHSIA SEKEPING NOTA

salam..
kali ni entry story ummi pulak..
kenapa kepingan nota-nota di bawah ini amat penting dalam urusan seharian aku..
mari kita selongkar rahsia di sebalik buku-buku nota ini..
wahh..macam gah je buku nota JPA ni..memang patuh "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"..sebenarnya buku ni adalah buku yang menyimpan segala password-password Jabatan..huhu..kene letak lam kotak rahsia nih..mana pulak nak tangkap kotak..huhu..
yang penting buku ini kena sentiasa berada bersama ku..KERANA AKU ADALAH POLIS KAT OFFICE AKU NIH..huhu..
yang buku bola ni pulak..mesti kelakar kalau orang tau ni buku apa!!
ni buku akaun akulah..kuar masuk duit kat sinilah aku catat..macam akauntan..
dah keje pun kat akauntan negara kan..alahaiii..
bila aku tengok susur galur duit aku ni memang mengerikan..hikhik..
bukan apa..kalau aku tak memerah otak (nipu kalau cakap perah keringat keje kat air-cond sesejuk alam nikannn...) kerja membantu family macam mana lah keadaan aku sekarang..kesian huby nak survive for family..kesian fatihah..
TAPI..alhamdulillah syukur Ya Allah..kerana nikmat pemberianmu kami dapat hidup dengan rezeki halal yang Kau berikan pada kami..aminn..
nota: bila bukak buku bola mule lah kpale pon macam bola pikir itu dan ini.
so, chop setakat ini lah yer..ummi memohon diri mahu pulang ke rumah bertemu anak dan suami tercinta..miahahaha..
wassalam

DEMAM 2nd TIME...

20 Mei 2009- rentetan kisah di hari semalam..
fatihah demam for the 2nd time..tp demam manja jer coz xlah teruk sangat..
cume ummi tu yg selalu risau nak tinggal fatihah takut suhu naik mendadak..
fatihah pun tak nak tinggal rumah "ummi midah"..
saja nak manja ngan ummi fatihah..
semalam fatihah tengok tv n tido je lepas ummi bagi ubat..
slirpppp..sedap lah ubat tuh..
fatihah sekarang dah pandai borak-borak ngan ummi..
ummi n ayah selalu ketawe bile fatihah cakap..
ni picture fatihah cam rase nak belajar duduk..
tapi ontot fatihah ni xkuat angkat lah!!!
hikhik..

fatihah suka main bebear fatihah ni sekarang..
nak tido pon fatihah main ngan bebear ni..
bebear debab macam fatihah!!!

ni bila dah petang fatihah tunggu ayah balik kerja..
sambil naik cute car fatihah..
ayah panggil kereta fatihah " kete bek-bek"..
sebab bile naik kete ni bunyi bek-bek cam itik...
apalah ayah nih..
hah tengoklah fatihah duk sibuk tekan-tekan menatang bek-bek tuh..
demam2 pun ligat nak main!!!

yang ni fatihah panggil apa ntah..
fatihah jerit-jerit..huhuhu..
fatihah rasa haus tp ummi lambat buat susu...
ummi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

bila fatihah dah bosan fatihah tgk tv lah...
cerita apa nih..
ni cerita ummi nih "MATAHARI"...
huhuu...
tak pa lah..fatihah tengok jelah cite ni ummi..
jap lagi ayah balik..
yeh..yeh..
sekian saja story fatihah tentang semalam yerrr...
fatihah nak rehat..
ngantukkksss..
salam

Monday, May 18, 2009

DREAMS OF YOU..

hari ini otak rasa blur just because my boss got newborn baby...patutnya aku happy kan tp sebaliknya..kerana aku perlu memegang tanggungjawab beliau sepanjang beliau cuti..hikhik..ada klik satu unit pon macam tak boleh pkai..isk2..ssshhhhh..biralah rahsia...

bila dah bosan dan otak serabut mulalah teringatkan si dia kat atas ni..huhu..ni zaman pipi kempis nih..skrg dah tembam ckit hasil jagaan aku yg dah msk 2 tahun setengah ni..huhuhu...if i did a great job hubyyy?????...

thanks a lot coz always with me...
terima kasih kerana selalu membantu zaujah mu ini dalam apa jua urusan rumahtangga..
melayan karenah zaujah mu dan si kecik itu dengan penuh kesabaran..
balik kerja uruskan fatihah..
malam-malam buai fatihah di kala ummi nya dah di buai oleh lene..
bila fatihah menangis di layan nya si kecik itu..
bila fatihah poo-poo..di tukarnya diapers walaupun kadangkala menguji kesabaran ummi nya ini..huhu..

penat menguruskan fatihah bantu pula zaujah mu di dapur..
kelentang kelengkung bunyi..
BIARLAH..bisik hati ini..asalkan dia sudi membantu ku...
TERIMA KASIH ZAUJUN KU...
TERIMA KASIH KERANA SUDI BERSAMA-SAMA KU DALAM MENGEMUDI NAKHODA BAHAGIA INI...

Wednesday, May 13, 2009

TIAP HARI ADALAH HARI IBU...KISAH MAK..

ahad yang lepas semua ibu2, mak, ummi, mama menyambut hari ibu..SELAMAT HARI IBU MAK!!!..maaf tak dapat pulang menyambutnya..bila di rumah dengan fatihah rasa sedih sangat..hari itu hari yang sedih sebab 'dia' seakan lupa untuk menyambutnya demi kereta kesayangannya..
pada mira: sory amik pict blog mira utk di jadikan kenangan di blog cik mai nih!! hihi..
kek yang cantik hadiah dari anak2 sdara kepada ummi dan neneknya..


antara sisipan gambar menjadi pengubat hati ku yang jauh di sini..
wah mak dpt roses tuh!!!
bila bercerita tentang insan bernama MAK hati sering di serang rindu..
bertahun lamanya ku di sana tidak pernah berjauhan..bila tiba saatnya 06 Mac 2008 ku berhijrah ke sini mencari rezeki bersama suami tercinta..tinggal MAK di sana...sungguh waktu itu tiada kata mampu di lafazkan selain air mata berlinangan..

tiap detik yang dirakam terkenang kembali..
TERIMA KASIH kerana menjaga ku dengan terlebih baik selama ini..
TERIMA KASIH kerana berkorban membesarkan ku tanpa ABAH..
TERIMA KASIH atas doa-doa mu mengiringi kejayaan ku..
TERIMA KASIH atas titik air susu yang diberikan pada ku..
TERIMA KASIH atas kesabaran mu dengan sikap dan karenah ku..
BUKAN mudah menjadi ibu tunggal seperti mu..
miliki hati yang waja..tabah dan cekal..

Teringat kembali saat dirimu membangunkan diri di pagi hari..
menjual kuih di halaman rumah mencari setitik rezeki buat kami berdua..
berjalan kaki ke kedai nun jauh di bawah bukit mencari belanja rumah..sakit lutut mak...
BILA SENJA melabuhkan tirai..berjalan lah kita ke rumah jiran menumpang teduh di malam hari kerana takut berduaan di rumah sendiri..
BILA AZAN SUBUH berkumandang..aku dan mak bangun untuk balik ke rumah dan aku bersiap untuk ke sekolah....mak pula menghantar kuih-kiuhnya ke kedai...

di satu waktu, mak di marahi jiran kerana menjual kuih dihadapan rumah..
katanya " kuih ru jual asik abis je..kiuh saya tak abis je..".mak anggap menganggu rezeki dia..
tapi bumi Allah ini luas..tiap inci bumiNya adalah tempat kita mencari rezeki..
mak REDHA..mak menutup kedainya..demi untuk menjernihkan suasana..
mak cakap rezeki ada di mana-mana!!
mak mula runsing memikirkan di mana perlu mencari wang untuk belanja hidup kami..
mak susah nak tidur saban malam..
saban malam kami di hambat rasa ketakutan..
kerana HANYA KAMI BERDUA di teratak peninggalan abah..
dengan doa dan tawakal kami dapat rasakan lama kelamaan kami "dijaga" tiap malam..Ya Allah..syukur pada Mu kerana memelihara kami..

Alhamdulillah..tidak lama selepas itu, mak dapat kerja di kilang ayam berdekatan rumah..tiap pagi mak jalan kaki pergi bekerja..
siap sudah hidangan makanan bila mak keluar bekerja..
saat itu ku rasakan seorang ibu tua berumur 50-an tidak patut bekerja lagi..
tapi demi AKU..mak kuatkan semangat..duit gaji yang agak lumayan mak simpan..mak cakap " simpanan untuk HAJI mak dan untuk mai sambung belajar..."aku TERKEDU...
selesai tugas..mak pulang dengan lelah..tangan dan jejari mak terkena kulat air akibat daripada kerja-kerja pembersihan telur..
SEKALI LAGI AKU PILU..
APA LAGI YANG AKU MAMPU LAKUKAN..
mak hanya inginkan aku belajar..belajar dan terus belajar..
kadangkala semangat luntur tapi mak terus beri kekuatan..
aku cuba berikan kegembiraan buatnya..
ku berikan PMR yang gah buat mak..ke berikan SPM yang cemerlang buat mak..
mak menangis kegembiraan..menunggu di depan pintu saat tiba aku pulang membawa perutusan gembira dari sekolah..tangis itu aku sahut dengan kesyukuran..
SUJUD SYUKUR PADA MU YA ALLAH..
yang bernama aku mula memikirkan hala tuju hidup ku..
BELAJAR?? mampukah mak saat itu..aku seakan patah semangat..
tapi mak nasihat.."belajarlah..tu je yang boleh tolong mai biar senang.."
air mata bercucuran..mencari kekuatan untuk meneruskan perjuangan..
DIPLOMA ku peroleh..IJAZAH ku julang...
HADIAH BUAT MAK...
SAAT NAMA KU DI UMUM KAN DI DEWAN..
AKU BERDOA AGAR AKU TIDAK LUPA JASA MAK...
AGAR AKU TIDAK ALPA PENGORBANAN MAK...
DOA-DOA YANG DIPANJATKAN TIAP SOLAT SE AKAN DI MAKBULKAN ALLAH..
AMIN YA ALLAH..
syukur atas nikmat dan rahmat mu..

KINI..mak boleh berbangga dengan ku..
penat lelah mak AKU HADIAH KAN DENGAN KEJAYAAN KU KINI..
KERJAYA KU..bukan galang gantinya untuk aku membalas jasa mak..
hanya dapat memberikan sedikit balasan buat HATI SEORANG MAK..

kini kita hidup berjauhan..aku berdoa agar mak dilimpahi kerahmatan..MAK MEMANG TABAH..kini anak mu adalah milik suaminya..tapi anak mu tetap anak mu..sehingga kini mak tetap menjaga ku..sakit pening ku dalam pantang mak tetap mengurus ku..berjaga saban malam menjaga anakku..SAAT ITU..baru ku tahu HATI SEORANG IBU..rela berkorban apa sahaja demi seorang yang bernama ANAK..kerana kini aku juga BERGELAR UMMI..anakku dan suami ku adalah keutamaan ku..MAK tetap dihati ku..
KEPADA SEMUA..RAIKANLAH IBU MU SELAGI DIA MASIH BERNAFAS DI DUNIA INI....KERANA SESUNGGUHNYA BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI SEORANG IBU!!!!

JALAN-JALAN CARI MAKAN VERSI FATIHAH!!

Peristiwa last weekend, fatihah ikut ummi n ayah jalan-jalan cari makan kat bangi..sambil-sambil nak cari brg fatihah kat Manjaku baby centre..
Fatihah makan sikit je coz ummi cakap fatihah dah makan kat rumah tadi..
Cuma mulut fatihah ni bising je tengok ikan kat akuarium besar tuh!!!
nak mintak ummi belikan lah satu wat teman fatihah main..

yang ni dia sibuk becakap ngan waiter tuh..fatihah nak potato satu mangkuk..french fries 1 mangkuk jgk..cpt ckit uncle..dah lapor nih!!

ni fatihah dah bosan..order xsampai lagi..dah jerit baru sampai..ummi makan rijak ayam..nyumnyummm..ayah makan nasik ayam..fatihah makan hangin..ekekekek..
lastly..ummi n ayah dah kenyang..tp musykil..fatihah lak yang tido nih..tgklah tuh..nyenyak..time ni ayah tgl p solat kat masjid hijau bangi..fatihah lene di pangkuan ummi..

alkisah fatihah di hujung minggu yang lalu..this weekend ummi n ayah tak plan lagi nak bawak fatihah g mane..tgk poket dululah camne..
poket fatihah kosong je ayah!!!!ekekekke..
oklah..coretan berakhir di sini..

Thursday, May 7, 2009

AMALAN PEKERJA PUNCA KESALAHAN KEHILANGAN DATA

salam pembuka bicara..

sementelah aku yang bekerja as a security officer ni nak share lah something about security on work ...especially for computer workers...MACAM MANA NAK ELAK KEHILANGAN DATA KERJA2 KITA????
  1. Mengubah setting sekuriti komputer - hah jangan dok gatai2 p ubah setting dalam PC masing2 yer..konon2 nak lepas dari polisi office tp lastly kene attack baru menganga..sudah jangan carik insan seperti aku untuk bantu anda..so tanggung sendiri atas kesalahan diri..

  2. Menggunakan aplikasi yang tidak dibenarkan - yang ni lagi rutin org buat..download muzik, akses laman web yang tidak dibenarkan n etc...akan ku block semua di firewall berkenaan..huhuh...

  3. Berkongsi informasi sensitif - segala info syarikat jangan sesekali di dedahkan..even maklumat diri terutamanya pada BANK..AWAS..anda sentiasa dalam keadaan ditipu andai nya anda tidak berwaspada..pada penjawat awam..patuhi arahan SAYA YANG MENURUT PERINTAH..huhu

  4. Berkongsi peranti korporat - jangan berkong pendrive kerja dengan peribadi..jangan sesekali berika orang lain menggunakannya..bila data dah di xeroc dah hilang..time tu jgn nak mula pertahan diri carik akta harta intelektual pulak..sendiri mau ingat ye kawan!!!

  5. Keliru antara kerja dan peribadi - memang banyak berlaku..majoriti lakukan perkara ini kan...jangan tak ngaku!!!

  6. Peranti tidak dilindungi - yang ni kene ada awareness individu tu sendiri..gunakan password pada tiap fail yang sulit..gunakan password pada PC/screensaver pc anda..sudah anda berbuat sedemikian???

  7. Simpan log masuk dan kata laluan

  8. Kehilangan peranti storan mudah alih- salah letak..lupa letak kat mana..fenomena biasa..jaga lah hasil kerja anda sebaiknya..

  9. Membenarkan orang luar masuk tanpa di pantau - unit ku inilah bekerja keras memantau itu dan ini macam polis m'sia pulak...

dah banyak berceloteh..time off lahh...dah nak balik jumpa debab..ok..sekadar ingatan buat teman2...wassalam

MY SLEEPING BEAUTY..

kisah fatihah bermula lagi..ummi selalu snap picture fatihah tido..kenape yerr?? just because ummi suke sangat tengok fatihah lene..semua dalam kepale ummi yang serabut nih hilang macam tu sahaja..fatihah kan beri ummi nur buat ummi..NUR AIN..cahaya mata ummi dan ayah yang amat dinanti-nanti selama nih kan..
tengoklah tu sungguhlah tembam pipi fatihah nih..masa ni ummi tengok cite MATAHARI tv3..tepok fatihah..last2 tgk dah senyap je..tido rupenya..cia dia yer..ummi tepok2 je balik keje dah lene..ummi RINDU fatihah..mula-mula isap pacifier tuh dgr cup cap..tengok dah teselit kat pipi..macam tulah comel ummi ni kan..sweet dream sayangg..ummi bacekan doa tido tiup kat ubun fatihah yang lene..
tapi bila azan maghrib berkumandang fatihah pon celik mate terus carik ayah..
bile dapat tengok ayah terus nak pegang pipi ayah pulak..
sweet je anak ummi ni tau..MANJA...
yang ni pulak ummii rakam masa bangun solat subuh.. hah lene lg!!
lampu dah terang benderang pun pejam mate tapi kerut-kerut!!
comot ngan susu mlm td nyusu yerr..fatihah ni kang 6.30 mesti celik nih..
uppss,...betul ckp ummi..
fatihah ni solihah kan..tiap pagi xpayah kejut terus bangun je..
tak pun panggil name dah buka mata..alahai..baik anak ummi..

tengoklah tuh..lintang pukang tido..bantal ke mana org ke mana..
selimut lagi lah ntah mane terbang..
camni lah adat fatihah tido..
menyelit kat ayah sambil kaki kat perot ayah..
best ke selit kat tiak ayah????
hikhikhik...mcm bau cheese kan..heheh..masyukkk je anak ummi..

oklah untuk story fatihah hari ini..jumpe lagi next episod k..
SALAM SAYANG DR FATIHAH BUAT SEMUA YANG BACA STORY FATIHAH..
daaaa..wassalam..