Showing posts with label Ilmu Buat Semua. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Buat Semua. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

H@ti Berbung@

As Salam..
rasa-rasa lama dah x vacum paparan blog ni..mungkin banyak dah sarang labah-labah ..hehe..
Atau kerana hari ni ada sikit "short" kepale brain saya ni..makanya...tetiba mahu untuk post kata-kata hati di sini....
Ku kongsikan doa di bawah ini untuk di jadikan amalan sesama mukmin....amin...


Balik rumah nak kene rileks macam semalam..lemparkan senyuman..limpahkan kasih sayang..moga-moga cell cancer tidak mudah cepat membiak!!!...mihahaha....
Oklah, nak ca alip but...time to rest!!!
Wasalam..

Wednesday, January 26, 2011

Al kesah dunia kini @ menanti KIAMAT..


As Salam..
Hari ini otak rasa pada darjah ketepuan dek kerja-kerja duniawi..
So, want to share something...
Baca paper tapi pening juga melihat kejadian alam kini..RAKUS!!...
Benarlah spt yang telah termaktub..

Ini ke hasilnya kecerdikan manusia zaman ini?? Adakah faktor kekeluargaan, keagamaan, pendidikan atau mungkin pemakanan menjadikan pemikiran manusia menjadi celaru????....

Tanda-tanda pertengahan menjelang tanda kiamat besar itu adalah??
PENZINAAN BERLELUASA DAN DIJADIKAN SUMBER HIDUP!!!
PERKARA HARAM DIHALALKAN!!!
SOLAT DITINGGALKAN!!
BANGUNAN TINGGI PENCAKAR LANGIT DI MANA-MANA!!
ORANG JAHAT JD PEMIMPIN
ULAMA MENJUAL AGAMA KERANA KEPENTINGAN DUNIA!!
ALLAH HU AKBAR!!.........
Moga diri-diri kami sebagai hamba Mu dijauhkan dari kemungkaran dunia Ya Allah..AMIN.

Monday, January 24, 2011

Kanser & Stress Dalam Kerja (Hubungan dan Kesinambungan??)

Apa Itu STRESS!!


Stress adalah reaksi terhadap tekanan yang berlebihan. Ia bukan penyakit!! ??...(penyakit jugak bagi aku..). Tetapi, jika bebanan stress adalah tinggi dan berlaku dalam jangka masa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak setanding dengan kemajuan, sumber atau keperluan kerja.

Punca STRESS di tempat kerja?

Jenis kerja - kerja yang menjemukan! @ berulang-ulang, terlalu banyak kerja dan kurang masa..

Tanggungjawab - tiada tanggungjawab yg jelas (konflik tugas)..ni dalam kategori aku ke?...bertangungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri..(aku jugak ni?..)

Hubungan rakan sejawat - komunikasi tidak berkesan (aku pikir sat...macam ade je??), gangguan kerja (bullying) @ gangguan seksual...

Persekitaran tidak selesa - bising, panas, sempit, rakan sebilik yang tidak ngam..(erghh...kene jugak dgn aku ni??)

Pengurusan dan Organisasi - budaya menyalahkan pekerja,tiada sokongan, kurang penghargaan dan tiada insentif...., (hermmm..tang ni maleh ese nak ngomennye...letih!!)

Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga - waktu kerja yang tidak fleksible (tang topik ni mmg dah bejaman dah pendam rasa!!)


KESAN ??
Jangka pendek - sakit kepala,keletihan, debar-debar,msalah seksual,gelisah, cepat marah, hilang tumpuan dan motivasi...yang kronik pulak- tidak hadir kerja, merokok,mabuk, salah guna dadah ..(MasyaAllah..)

Jangka panjang - hipertensi,sakit jantung koronari, user peptic dan kemurungan...(erghh,...takot!!)

RAWAT STRESS ??

Ubah suai punca stress - perancangan kerja,pengurusan masa, komunikasi berkesan, musyawarah.. (agak susah nak di praktikkan ..)

Elak Stress - elak beban kerja berlebihan (klau xde staf camne??..JPA nak tlg ke?)....tahu kemampuan diri sendiri, tolak daripada buat sesuatu yg bukan kemampuan diri, teamwork..

Tingkatkan ketahanan diri - amal cara hdp sihat (azam this year..masak tiap hari untuk bentou ke opis..), rehatkan minda , think positif, mampu terima kritikan dgn baik dan paling penting TINGKATKAN IBADAH SEBAGAI SASARAN KERJA TAHUNAN SETIAP TAHUN (aminn..moga di beri kekuatan iman untuk amalan di dunia ini...)...

Nota kaki: HAPUS KAN STRESS, MURAHKAN SENYUMAN..motto apa yang aku guna ni yer?? moga info di atas menjadi rujukan untuk semua..
reference: website mohr.gov.my

Thursday, May 7, 2009

AMALAN PEKERJA PUNCA KESALAHAN KEHILANGAN DATA

salam pembuka bicara..

sementelah aku yang bekerja as a security officer ni nak share lah something about security on work ...especially for computer workers...MACAM MANA NAK ELAK KEHILANGAN DATA KERJA2 KITA????
  1. Mengubah setting sekuriti komputer - hah jangan dok gatai2 p ubah setting dalam PC masing2 yer..konon2 nak lepas dari polisi office tp lastly kene attack baru menganga..sudah jangan carik insan seperti aku untuk bantu anda..so tanggung sendiri atas kesalahan diri..

  2. Menggunakan aplikasi yang tidak dibenarkan - yang ni lagi rutin org buat..download muzik, akses laman web yang tidak dibenarkan n etc...akan ku block semua di firewall berkenaan..huhuh...

  3. Berkongsi informasi sensitif - segala info syarikat jangan sesekali di dedahkan..even maklumat diri terutamanya pada BANK..AWAS..anda sentiasa dalam keadaan ditipu andai nya anda tidak berwaspada..pada penjawat awam..patuhi arahan SAYA YANG MENURUT PERINTAH..huhu

  4. Berkongsi peranti korporat - jangan berkong pendrive kerja dengan peribadi..jangan sesekali berika orang lain menggunakannya..bila data dah di xeroc dah hilang..time tu jgn nak mula pertahan diri carik akta harta intelektual pulak..sendiri mau ingat ye kawan!!!

  5. Keliru antara kerja dan peribadi - memang banyak berlaku..majoriti lakukan perkara ini kan...jangan tak ngaku!!!

  6. Peranti tidak dilindungi - yang ni kene ada awareness individu tu sendiri..gunakan password pada tiap fail yang sulit..gunakan password pada PC/screensaver pc anda..sudah anda berbuat sedemikian???

  7. Simpan log masuk dan kata laluan

  8. Kehilangan peranti storan mudah alih- salah letak..lupa letak kat mana..fenomena biasa..jaga lah hasil kerja anda sebaiknya..

  9. Membenarkan orang luar masuk tanpa di pantau - unit ku inilah bekerja keras memantau itu dan ini macam polis m'sia pulak...

dah banyak berceloteh..time off lahh...dah nak balik jumpa debab..ok..sekadar ingatan buat teman2...wassalam

Tuesday, February 10, 2009

SUJUD..

Bersujud melegakan sistem pernafasan..
Ibadah solat bagi orang Islam adalah salah satu cara mendekatkan diri dengan Tuhan. Dari segi fizikalnya pula bersujud mampu melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Berikut adalah beberapa kelebihan yang bakal anda perolehi ketika bersujud:
  1. Memperbaiki kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. Melegakan sakit hernia
  3. Melegakan paru-paru dari ketegangan.
  4. Kedudukan sewaktu bersujud baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
  5. Memudahkan tidur
  6. Mengelakkan pendarahan otak jika komplikasinya berlaku secara tiba-tiba.

Marilah bersujud pada Allah moga sihat fizikal dan spiritual kita..

Friday, February 6, 2009

Resepi Istimewa Yg Sering Kita Alpa???

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

  1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

  2. Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

  3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

  4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

  5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.




Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri kelak...kita hanya mampu berusaha yang terbaik buat generasi kita akan datang...

Sedikit info untuk rujukan/amalan bersama..

Petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadimacam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah..

("Abqaro") ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayatini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Doa Untuk Isteri-IsteriSelepas solat Isyak,

  1. Ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali,

  2. Ayatul Qursi sekali dan

  3. Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

  4. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

Doa Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Sahabat menjadi Penyayang

Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi itu

















Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati

Hendaklah membaca surah At-Taubah ayat 128 sehingga 129 semasa berjumpa atau bertentang mata

















Selamat Beramal...Renung-renungkan..

Perkembangan Anak 10 tip bayi tidur lena


Apabila bayi menangis waktu malam, tunggu beberapa minit untuk melihat bayi akan tidur semula. Jika masih menangis, angkat dan dukung seketika atau diberi susu. Jika masih menangis, tenangkan dengan suara anda. Tepuk bayi sehingga tidur tetapi jangan dukungnya kecuali bayi meragam teruk. Lakukan beberapa minggu bagi membantu mendapatkan jadual tidur yang sempurna.


1. Urutan Urut bayi dengan urutan asas iaitu di seluruh tubuhnya iaitu kaki, tangan dan badan. Untuk membantu bayi tidur dengan lebih lena. Lakukan urutan dengan lembut ke seluruh tubuhnya selepas bayi mandi.


2. Mendodoikan anak dengan lembutBayi akan berasa selesa apabila berada dalam dakapan anda. Dodoikan bayi di lengan anda. Cara ini mengambil masa kerana bayi mungkin terjaga apabila anda meletakkannya di katil bayi.


3.Menggosok/ tepukPerut bayi digosok secara berirama untuk membuatnya rasa lega dan membantunya tidur lena. Rentak gosokkan perlu konsisten untuk mengelak bayi terganggu dan terjaga. Apabila bayi sudah tidur nyenyak berhenti gosokan.


4.Dukung pada bahu Bayi merasa selamat dan selesa dengan cara dukungan ini. Nyanyikan lagu sambil mengerakkan tubuh anda agar bayi dapat tidur lena.


5.Balutan Apabila bayi sudah tidur, balut bayi dengan selimut yang nipis. Masukkan tangan bayi dalam selimut dan balut. Jangan terlalu ketat. Cara ini membuatkan bayi merasa selamat dan dapat membantunya tidur dengan lena.