Tuesday, February 24, 2009

KATA-KATA IBU BUAT KU..

Live well, laugh often, and love with all of your heart!

Anak ku,
Suami mu itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak akan kekal,

hidupnya ada batas dan akhirnya dia akan pergi daripada mu... Suatu masa nanti engkau akan tetapkehilangannya...

Kerana itu,

selagi terbuka peluang untuk engkau merebut pahala sabar, redha dan syukurini....rebutlah anak ku.

Dan jika sakitnya terlalu menusuk,

bagaikan menghiris hati mu,
datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu...

Katakan,
bukan engkau tidak redha,
tapi engkau adalah hambaNya yang terlalulemah..
Mohonlah pimpinan dan kekuatan dariNya...
jika belum Dia mahu mengangkat derita itu,
maka mintalah derita itu menjadi sebab untuk engkau terus berada dalam perhatian dan kasih sayangNya...

Ingatlah juga anak ku ,
bahawa mungkin ini juga satu hukuman untuk mu..
Hukuman pada dosa-dosa yang tidak bersungguh-sungguh kita memohon keampunan daripadaNya...
Dengan datangnya ujian ini, moga kita akan sedar dan insaf sendiri...
Sedar yang kita hanyalah hamba yang layak dihukum apa saja olehNya..
Supaya kita datangkepadaNya,
merayu-rayu meminta ampun pada kesalahan kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang hanya Allah sahaja boleh memberikannya..


Anakk ku,
Doakanlah terus untuk suami mu...
Dan doakan juga untuk diri mu sendiri...
Engkau sedang melintasi satuj ambatan yang pendek tapi sulit, untuk pergi ke satu mahligai yang kekal abadi dan bahagia yang hakiki...
Berbaktilah sesungguh hati padanya,
yang telah Allah tentukan sebagai suami mu.
Dan hasilnya jangan kau tuntut darinya anak ku,
tapi nantikanlah ia di Akhirat yang kekal abadi...

*******************************************************

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yg kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniamu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku…Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa dihati

Hanya padamu ku bermohon..

Amin..

Friday, February 20, 2009

DOAKU DI HARI JUMAAT YANG BARAKAH INI...AMIN..

Ya Allah, andai Kau perkenan...

limpahkanlah kepada kami cinta yang Kau jadikan pengikat rindu Rasullullah dan Khadijah...
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang Saidina Ali dan Fatimah Az Zahra...
Yang Kau jadikan penghias keluarga NabiMu yang suci...

Ya Allah, andai semua itu tidak layak bagi kami maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhaMu...
Ya Allah, Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai dikala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling berhibur dikala duka, saling mengingat dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, saling menyempurnakan dalam peribadatan...

Ya Allah, sempurnakan kebahgiaan kami dengan menjadikan zuriat kami NUR FATIHAH SOLIHAH sebagai bukti pengikatan cinta kami kepada sunnah Rasullullah...Amin Ya Rabbal 'Alamin...

---terima kasih abang...tatkala kita susah sama-sama menitiskan air mata, tatkala kita senang sama-sama bergembira..syukur atas kurniaan kebahagiaan ini buat kita sekeluarga, tidak ternilai rasanya kasih sayang mu buat kami..moga Allah memberkati keluarga ini dengan rahmah kasih sayang dari dari NYA...---


Thursday, February 19, 2009

PETUA UNTUK CANTIK : SUMBER - DR.FATMA AL-ZAHRA

Untuk awet muda both internal & external.
Zikir - Baca

" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

** SAYA JUGA MENGAMALKAN SURAH AL WAQIAH TERUTAMANYA KETIKA HENDAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN, TEMUDUGA etc....alhamdulillah Allah Maha Berkuasa menentukan segalanya..hati menjadi tenang dan lebiih yakin setelah kita mengamalkan surah ini dalam kehidupan seharian..moga-moga rezeki yang diperolehi di berkati untuk diredhai Allah...aminn...****

MARI BERAMAL...CUBA-CUBALAH...

INGATI MATI AGAR KITA SENTIASA MENGINSAFI DIRI SEBELUM DI JEMPUT ILAHI....

Tanda-tanda kematian:
1. 100 hari: Seluruh badan rasa bergegar.
2. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
4. 7 hari : Mengidam makanan.
5. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
6. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
8. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan ashar.
9. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.
”Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.
”Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.
”Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
”Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat :
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
”Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wednesday, February 18, 2009

18 / 2 / 2009 - MASIH MENCARI-CARI???

hari ini dapat satu lagi laman web yang serba sedikit dapat menyumbangkan ilmu pada saya..http://sembangkomputer.com..banyak info yang berguna boleh diguna pakai dalam kerja-kerja seharian ku di office ni..saja menambah ilmu di samping kerja-kerja rutin yang tak pernah habis.....huhu...

ada jugak dapat web yang boleh transfer tulisan rumi ke JAWI..www.ejawi.net..ermm ada juga laman web sebegini yang memudahkan kita untuk menulis jawi dan menyemarakkan lagi tulisan jawi di kalangan generasi muda..( teringat zaman sekolah agama dulu..jadi orang pertama dalam kelas pandai baca jawi sebab mak selalu ajar paper jawi masa start umur 4 tahun...ekekeke..)..so, hasrat di hati nak ajar fatihah macam tu juga biarlah dia pandai jawi moga tak lupus dek zaman...

oklah..ada kerja nak di buat..ada masa jari ni nak jugak berjoget lagi..esok ada kursus..

Tuesday, February 17, 2009

KENAPA TIBA???

--** kenapa tiba-tiba aku teringat masa lalu yer??? ntah lah..memori yang kadang-kadang mengusik jiwa..bila menatap picture tuh semua kenangan bermain semula macam filemm dalam panggung..huhu

dengan tersarungnya jubah tu tahun 2007 maka lerai lah segala penat lelah selama 5 tahun di tanah Parit Raja tuh...perjalanan penuh ranjau di tempuh bersama..susah senang hanya kita merasa..tiada yang lebih indah dari kenangan itu...

2008-2009...rentetan dari peristiwa 2007 tuh, maka kami dipertemukan kembali di sini....PUTRAJAYA..kembali bersama memerah keringat mencari setitik rezeki buat bekalan hidup..aturan Allah menyatukan kita kembali..walaupun kau di WP nun jauh atas bukit..aku di AG nun di tepian masjid..anda pula jauh di bulatan besar tuh...namun kita di bumi yang sama..tak di sangka kan???? ITULAH PERANCANGAN ALLAH...

kini..nak duduk rumah dekat2 pulak..moga di satukan..amin..SALAM BUAT SAHABAT2 KU HASIKIN DAN AZIYAN..ekin -ko memang kuat..ekin boleh..yan- teruskan cita-cita untuk miliki apa yg ko inginkan..tutttt...

KUARTERS..MEMANG ADA DISKRIMINASI!!



....rentetan dari hari semalam..tak berapa nak sehat semalam..maybe penat mase weekend kan berkemas umah..ingat bulan ni dapat pindah kuarters, tapi nak buat camne kan rezeki tiada untuk rumah teres..so ambil keputusan untuk downgrade tpi tak sangka pulak BPH bagi gred G..alahai baik tak payah pindah..memang bengang jugak semalam ulang alik ke JPM tu..tp hasilnya x seberapa..

itulah suasana berurusan dengan kerajaan ni..banyak pilih bulu..eh betul ke bahasa?? biarlah..ada kekosongan rumah cakap takde..macam-macam alasan yang di beri..tapi hati ni berkata "..redha jelah..tunggu rumah lain moga-moga ada rezeki fatihah nak duduk rumah best lepas nih..leh dapat bilik mainan ye sayang..akan ummi usahakan..

cerita pasal anak ni teringat kesah semalam!!! huh sungguh menyayat hati ada seorang maid ni simpan anak dia dalam laci selama 3 hari..mcm mane lah tuh..bagi minum air masak je..alahai derite nye si anak ni..dapat membayangkan betapa lah si kecil tuh merintih menagih kasih sang ibu bapak yang tidak bertanggungjawab nih..DUNIA KINI SUDAH LERAI HATI MANUSIANYA DARI SIFAT BELAS IKHSAN DAN KASIH SAYANG !!!!

TIPS: ELAKKAN PAKAI PAKAIAN KETAT KETIKA TIDUR...

Kajian dari Tokyo, Jepun..mengatakan pakaian yang ketat semasa tidur menimbulkan masalah dan mempengaruhi fungsi organ tubuh badan manusia. Begitu juga dengan wanita yang memakai pakaian dalam boleh mengganggu sistem pernafasan dan juga aktiviti seharian..
Sebenarnya apabila anda berpakaian longgar semasa tidur, ia memberi kenyamanan dan keselesaan. Malahan, ia juga membantu anda dalam:
  • Pengaliran darah yang lebih lancar dan sempurna tanpa sekatan pada urat-urat darah.
  • Tubuh badan dapat bergerak bebas sehingga dapat memberikan tidur yang lebih tenang dan nyenyak
  • Tanpa pakaian dalam, kehangatan tubuh akan meningkat.
  • Kulit menjadi halus kerana memperolehi oksigen yang lebih banyak

(**..memang dipraktikkan..berbeze sekiranya tidur berpakaian longgar / ketat..CUBA DULU BARU TAHU..KESIHATAN AMALAN HIDUP SEHARIAN..**)

Thursday, February 12, 2009

aksi dalam buai !!!!

My Princess Growing !!!! My Sweet..

nilah aksi-aksi anak dara saya nih...makin membesar bagai johan..banyak baju dah xmuat...alahai....


..mkn tangan...control ayu....muncung mulut..ha! tgk tv..


..angkat kening......asik nak diri je!!..........ha sakan!!.........mulat mata......
hai nilah penawar hati pengarang jantung..hari2 wat riuh kat umah...dah pandai nak berteman..jauh sikit ayah n ummi mule lah bising panggil2..bila tunjuk muka jer hah ketawe bukan main!!!! itulah anak...

Meeting Pengurusan 1/2009..rasa di dalam hati..

Hari ni tepat jam 9 am meeting dah mule..pengarah tiada hari ni, so di ganti dgn timbalan pengarah yg baru..ermm mule2 takut jgk tp bila dia dah bersuara alhamdulillah fleksibel orgnye walaupun still 'anak dara'...

Mula-mula mmg cool jer meeting ni, last2 ade jgk adhoc kes yg membuatkan dua unit berbalah..membosankan bile dgr..nasib baik unit saya tiada masalah besar yang ditimbulkan cuma bos baru mintak kami restructure balik task-task kami..pas ni busy dgn POC for IPS (Intrusion Prevention Systems)...

Pukul 10 rest makan n.lemak ayam..time2 asik meeting ni mkn free jelah..jimat gak duit..huhu..so 12.30 pm dah siap meeting..nak bace online paper tp dah bosan ngan hal ehwal semasa sekarang ni lg2 bab politik Malaysia yg dah tunggang tebalik nih..CUME BEST JE TARIF ELEKTRIK DAH TURUN..alhamdulillah...x leh ckp lebih2 kat blog ni nnt ade pulak 'org JPA' masuk blog ni kene tatatertib lak..

Oklah..tetibe teringatkan si kecik kat rumah pengasuh..mlm td fatihah batuk..berjangkit gan seorang budak namenye Iskandar yang suke sgt kat die..xboleh berenggang ngan fatihah..bile org lain nak main ngan fatihah mengamuklah die ckp tu adik die..mcm2 budak2 nih..dah berjangkit batuk tuh sek kene cium jer...TABAHLAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH YE SAYANG..

mlm td fatihah tetido sendiri mase ummi die lipat kain smbl berzikir ngan die..tetibe tgk die dah lene..kesian die..rindu agaknye kat ummi yg selalu dodoikan die..yelah..blk2 keje je ummi die kene kmas umah..basuh baju..sediakan keperluan untuk esok..lipat kain, kemas baju etc...tu yang kadang2 mase dgn si kecik ni limited sgt..alih2 je die dah tido..dpt main bile bgn pagi jerr...MAAF SAYANG KALAU AYAH N UMMI KURANG MEMBERI PERHATIAN DAN KASIH SAYANG...TAPI KASIH SAYANG KAMI TAK PERNAH BERBELAH BAGI UNTUK MU NUR FATIHAH SOLIHAH...

Ehhh...dah banyak jari ni menari2 kat depan PC nih..aduhai..oklah..SALAM BUAT SEMUA..

Wednesday, February 11, 2009

AURA WARNA MENGIKUT HARI..

KAWAN-KAWAN...moga ilmu ni dapat dikongsi bersama..kaedah ini boleh digunakan untuk menaikkan semangat dlm diri terutamanya ketika menghadiri temuduga..mengadakan presentation..memujuk suami/isteri..etc..huhu..
APA KATA!!!! CUBA DULU!!! pakai baju mengikut aura warna seperti di bawah....

Isnin - Putih ( hari isnin adalah hari yang penuh dengan keriangan..hati menjadi bersih dan badan menjadi segar setelah berehat pd hjg minggu..so, pada hari sebelumnya (ahad) kenelah rest secukupnya agar aura pada hari isnin dapat diperolehi...SESIAPA YANG MALAS KERJA TUH PADA HR ISNIN TU MESTI LETIH PADA HARI AHADNYA KAN...SO BEWARE...berehatlah pada hari yg sepatutnya badan dan organ kita perlu berehat...)

Selasa - Pink / Violet ( hari ini hari kasih sayang..so kalau nak kenen ape2 kat suami/isteri gunakanlah hari Selasa)..insyaAllah...

Rabu - Biru

Khamis - Kuning / Oren

Jumaat - Hijau (hari untuk ummat Islam beribadat...mohonlah doa sebanyak nya ketika solat Jumaat kerana pd waktu itu gas Oksigen tepu dalam udara dan ketenangan ketika berdoa dpt diperolehi secara maksimum...sujud lah pd Allah lebih lama memohon apa yang dihajati..gas O2 yang banyak sampai ke otak menyebabkan kita lebih tenang dan sihat..)

Sabtu - Merah

Ahad - Hitam ( hari ni hari yang paling sesuai untuk kita sekeluarga berehat-rehat..bersantai-santai..jgn melakukan banyak kerja di rumah kerana pada hari ini sistem organ badan perlu berehat bagi membekalkan tenaga pada 5 hari berikutnya ...(waktu kerja)..so, jgnlah penat-penat berjalan pada hari ahad kerana ianya akan mendatangkan kemalasan pada hari keesokan harinya isitu hari Isnin...)

MARILAH KITA BERKONGSI ILMU..SEGALA ILMU YANG KITA PEROLEHI DI BUMI ALLAH ADALAH MENDATANGKAN KEBAIKAN..KECUALI ILMU YANG MENYESATKAN DAN MENYEKUTUKAN ALLAH...

Cubalah pakai baju mengikut warna seperti di atas...anda pasti lebih yakin..insyaAllah..

MENGENALI DIRI MELALUI MENGGUNAKAN TARIKH LAHIR MENGGUNAKAN KAEDAH NUMEROLOGY...

Last month..saya attend satu kursus anjuran jabatan.Kursus ni menarik sungguh...rase nak further study for this course..memang Allah ciptakan tiap kejadian di muka Bumi ini ada sebab musababnya..SIAPA KATA KITA TAK BOLEH UBAH DIRI KITA..HANYA DIRI KITA YANG BOLEH MNGUBAH DIRI KITA SENDIRI..

So, melalui kaedah nuremology ni lah kita boleh mengenali diri kita sendiri sama baik atau buruk..MELALUI TARIKH LAHIR..kenapa tarikh lahir???? sebab hanya tarikh lahir sahaja yang tidak akan berubah dalam hidup kita dari kita lihat muka bumi hingga kita menutup mata..ITULAH UNIKNYA TARIKH LAHIR...

Kaedah ini bukannya untuk menilik nasib..Subhanallah..tapi hanya satu ilmu yang bermanfaat untuk kita kaji siapa diri kita sebenarnya..

Kaedah ini dapat membantu setiap individu untuk mencapai kebahagiaan, kesihatan, kekayaan dan kejayaan hidup.Kita juga boleh menganalisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman seseorang untuk membina strategi peningkatan membina strategi peningkatan potensi diri untuk jangka panjang!!!!TETAPI USAHA UNTUK BERDOA DAN BERMOHON PD ALLAH WAJIB JUGA DILAKUKAN...

(**** Kepada sahabat ku YAN..anda memiliki nombor cermin /luck nombor dalam pengiraan menggunakan kaedah ini..anda memiliki potensi diri yang amat baik..boleh maju dgn mudah tetapi perlu berusaha agar potensi diri anda lebih menonjol di masa hadapan...***)..

kepada kawan-kawan yang saya telah ketahui tarikh lahirnya, saya telah membuat analisa menggunakan tarikh lahir anda..maaf selidik diri anda tanpa izin..tapi apa yg saya lakukan hanyalah untuk mengukuhkan ilmu yang baru dpt nih...

HASILNYA..Alhamdulillah..karektor individu2 yang berdekatan kita boleh ketahui..(klau nak present projek / something..cuba dapatkan tarikh lahir bos kita tuh..so kita tahu kelemahan dan kekuatan diri beliau..hehe..ni ilmu yg baik untuk kemajuan diri kita dlm kerjaya kan...INSYAALLAH..)

Banyak aspek dalam kehidupan kita boelh ketahui melalui kaedah ini, contohnya?? nak buat bisnes..sesuai / tidak..memilih tarikh perkahwinan..keserasian bersama pasangan..karektor pasangan kita..(jika kita tahu kekuatan dan kelemahan suami/isteri lebih mudah untuk mengendalikan rumahtangga..!!!!)

APAPUN..APA YANG KITA PELAJARI HARUSLAH BERLNDASKAN AGAMA ALLAH...ALLAH MENJADIKAN SESUATU ADA HIKMAHNYA...BERUSAHALAH MENGKAJI ILMU DI DUNIA INI UNTUK MENGENALI SIAPA DIRI KITA YG ALLAH TELAH JADIKAN SEBAGAI SEBAIK-BAIK MANUSIA...

Padamkan lampu bila tidur...

Memadamkan lampu ketika tidur malam bukan sahaja membuatkan kita lena sepanjang malam tetapi juga dapat mencegah penyakit seperti kanser payudara atau kanser prostat.
Ini kerana hanya dalam keadaan gelap, tubuh dapat menghasilkan hormon melantonin yang dapat mencegah penyakit...(sebab tu langsir hotel tebal..so bila tidur dlm keadaan betul2 gelap badan kita akan relax dan hormon tersebut dpt dihasilkan...)
Cahaya lampu atau cahaya televisyen boleh menyebabkan hormon semakin lemah. Oleh itu, memadamkan lampu ketika tidur dapat meningkatkan kesihatan tubuh..

(..teringat masa attend kursus Mengenali potensi diri melalui Kaedah Neuromology..memang penceramah ckp macam itu...kena tidur dalam gelap..so fatihah pun sejak dr kecil di ajar tidur dalam gelap..bila terang die xlena..tiap suatu keadaan dan suasana pasti ada kebaikannya..Maha Suci Allah)

Tuesday, February 10, 2009

SUJUD..

Bersujud melegakan sistem pernafasan..
Ibadah solat bagi orang Islam adalah salah satu cara mendekatkan diri dengan Tuhan. Dari segi fizikalnya pula bersujud mampu melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Berikut adalah beberapa kelebihan yang bakal anda perolehi ketika bersujud:
  1. Memperbaiki kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. Melegakan sakit hernia
  3. Melegakan paru-paru dari ketegangan.
  4. Kedudukan sewaktu bersujud baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
  5. Memudahkan tidur
  6. Mengelakkan pendarahan otak jika komplikasinya berlaku secara tiba-tiba.

Marilah bersujud pada Allah moga sihat fizikal dan spiritual kita..

Meh main ikan!!!

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling sedih?
Jawapan:Ikan Haruan,pasal ikan ni sentiasa terharu dan x keruan.

Soalan: Banyak-banyak ikan,ikan apa suka tipu orang?
Jawapan: Ikan goreng...ekekek..klau dah goreng kekadang sampai hangit.

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling miskin?
Jawapan: Ikan kering..sebab poket selalu kering.

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling 'havoc'?
Jawapan: Pati Ikan haruan Polleney..pasal dia asik msk tv dan g party jer...

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan ap sambut Thaipusam?
Jawapan: Ikan paus lah...whale..whale..whale..whale..huhuhu..

Ketenangan pabila memandangmu anakku...


Tatkala memandang wajah seorang anak membuatkan hati yang gundah menjadi ceria...Badan yang penat menjadi segar..Fikiran yang stress menjadi cool..

Justeru..

Rasa bersyukur betapa wajah bening , tulus , tertawa itu menatap wajah kita ibu bapanya..merintih kasih dan perhatian setelah seharian ditinggalkan DEMI MENCARI REZEKI BUATNYA..

Lantas.. tidak pernah terbahagi cintanya dan sayangnya, cinta suci anugerah Ilahi..

Wajah itu menjadi penenang jiwa dan peniup semangat dalam mengharungi ranjau kehidupan...

Ketenangan tatkala melihat wajah anak..



Merenung wajah anak membuatkan hati yang gundah menjadi ceria. Badan yang penat menjadi segar. Fikiran yang stress menjadi cool....



Itulah anugerah Allah yg tidak ternilai di dalam dunia rumah tangga..kerana anak adalah HARTAmerasa bersyukur betapa wajah bening , tulus , tertawa dan menatap wajah kita dengan kasih yang ikhlas. tidak pernah terbahagi cintanya, tidak pernah ada maksud yang tersurat. cinta anak pada orang tuanya, cinta suci anugerah Ilahi. menjadi penenang jiwa dan penguat kehidupan.

SEBENING WAJAHMU...

Ketenangan tatkala melihat wajah anak..



Merenung wajah anak membuatkan hati yang gundah menjadi ceria. Badan yang penat menjadi segar. Fikiran yang stress menjadi cool....



Itulah anugerah Allah yg tidak ternilai di dalam dunia rumah tangga..kerana anak adalah HARTA...



Justeru..merasa bersyukur betapa wajah bening , tulus , tertawa dan menatap wajah ayah dan umminya dengan kasih yang ikhlas. Menggenggam erat jemari nya membuatkan hati tepalit rasa syahdu pabila ditinggalakan seharian bertugas mencari rezeki...DEMII UNTUK MASA DEPANNYA..YA ALLAH BERKATILAH REZEKI YG KAMI CARI DEMI UNTUK UMMAT MU YA ALLAH..



Lantas..tidak pernah rasa terbahagi cintanya.. cinta anak pada orang tuanya, cinta suci anugerah Ilahi.. menjadi penenang jiwa dan penguat kehidupan...mengharungi segala kepayahan demi UNTUK NYA...

9 Februari 2009

Hari ni di mulai dengan lafaz Bismillah...

Bgn pg td rase riang di hati melihat si comel ketawe riang..tanpa di kejut bila azan bergema fatihah bangun dgn senyuman..Maha Suci Allah..dgn laungan azan itulah dpt mengejutkan fatihah saban hari..

Smpi office rase mcm x byk kerja hr ni..bos cuti..so hr ni kesempatan di ambil untuk mencari ilmu di ruangan maya nih..aktiviti yg biasa dilakukan sekiranya ada kelapangan..

Teringat pulak..last saturday meet my best friend..lame xjmpe kan yan..bile blk dr jmpe ko tuh jamal tanye.."..dulu2 tepikir x nak jmpe kat putrajaya ni lepas terpisah di bumi UTHM..hehe.."..

Mase telah berlalu..tiap pertemuan pasti ada perpisahan..tp tiap perpisahan pasti ada hikmahnya..nilah hikmahnya..bertemu kembali di bumi PUTRAJAYA semula..tempat kita mencari rezeki buat bekalan hidup..harap-harap rumah kita nanti dekat2 lah walaupun hasrat utk duduk office sebelah-menyebelah xdpt lg...mungkin 1 hr nnt..

Pd ekin, bile lg nak duk umah dekat2 mcm kami???? fatihah tgg ni..

Oklah..ckp smpi di sini..nak teruskan misi untuk menambah ilmu..

Friday, February 6, 2009

Resepi Istimewa Yg Sering Kita Alpa???

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

  1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

  2. Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

  3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

  4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

  5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.




Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri kelak...kita hanya mampu berusaha yang terbaik buat generasi kita akan datang...

Sedikit info untuk rujukan/amalan bersama..

Petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadimacam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah..

("Abqaro") ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayatini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Doa Untuk Isteri-IsteriSelepas solat Isyak,

  1. Ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali,

  2. Ayatul Qursi sekali dan

  3. Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

  4. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

Doa Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Sahabat menjadi Penyayang

Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi itu

















Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati

Hendaklah membaca surah At-Taubah ayat 128 sehingga 129 semasa berjumpa atau bertentang mata

















Selamat Beramal...Renung-renungkan..

Akhirnya..


Assalamualaikum...

akhirnya berjaya jgk create blog sendiri dgn kelapangan masa yg ade..

best jgk explore blog nih..moge lepas ni blh lah mencoretkan sesuatu dlm blog nih..

dpt jgk jual produk2 yg ade dlm akaun ku ni untuk dijadikan shopping mall wat kwn2 kat luar sane..


k lah..nak smbg keje off ckit..


smpi d sini..



Perkembangan Anak 10 tip bayi tidur lena


Apabila bayi menangis waktu malam, tunggu beberapa minit untuk melihat bayi akan tidur semula. Jika masih menangis, angkat dan dukung seketika atau diberi susu. Jika masih menangis, tenangkan dengan suara anda. Tepuk bayi sehingga tidur tetapi jangan dukungnya kecuali bayi meragam teruk. Lakukan beberapa minggu bagi membantu mendapatkan jadual tidur yang sempurna.


1. Urutan Urut bayi dengan urutan asas iaitu di seluruh tubuhnya iaitu kaki, tangan dan badan. Untuk membantu bayi tidur dengan lebih lena. Lakukan urutan dengan lembut ke seluruh tubuhnya selepas bayi mandi.


2. Mendodoikan anak dengan lembutBayi akan berasa selesa apabila berada dalam dakapan anda. Dodoikan bayi di lengan anda. Cara ini mengambil masa kerana bayi mungkin terjaga apabila anda meletakkannya di katil bayi.


3.Menggosok/ tepukPerut bayi digosok secara berirama untuk membuatnya rasa lega dan membantunya tidur lena. Rentak gosokkan perlu konsisten untuk mengelak bayi terganggu dan terjaga. Apabila bayi sudah tidur nyenyak berhenti gosokan.


4.Dukung pada bahu Bayi merasa selamat dan selesa dengan cara dukungan ini. Nyanyikan lagu sambil mengerakkan tubuh anda agar bayi dapat tidur lena.


5.Balutan Apabila bayi sudah tidur, balut bayi dengan selimut yang nipis. Masukkan tangan bayi dalam selimut dan balut. Jangan terlalu ketat. Cara ini membuatkan bayi merasa selamat dan dapat membantunya tidur dengan lena.