Live well, laugh often, and love with all of your heart!
Anak ku,
Suami mu itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak akan kekal,
hidupnya ada batas dan akhirnya dia akan pergi daripada mu... Suatu masa nanti engkau akan tetapkehilangannya...
Kerana itu,
selagi terbuka peluang untuk engkau merebut pahala sabar, redha dan syukurini....rebutlah anak ku.
Dan jika sakitnya terlalu menusuk,
bagaikan menghiris hati mu,
datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu...
Katakan,
bukan engkau tidak redha,
tapi engkau adalah hambaNya yang terlalulemah..
Mohonlah pimpinan dan kekuatan dariNya...
jika belum Dia mahu mengangkat derita itu,
maka mintalah derita itu menjadi sebab untuk engkau terus berada dalam perhatian dan kasih sayangNya...
Ingatlah juga anak ku ,
bahawa mungkin ini juga satu hukuman untuk mu..
Hukuman pada dosa-dosa yang tidak bersungguh-sungguh kita memohon keampunan daripadaNya...
Dengan datangnya ujian ini, moga kita akan sedar dan insaf sendiri...
Sedar yang kita hanyalah hamba yang layak dihukum apa saja olehNya..
Supaya kita datangkepadaNya,
merayu-rayu meminta ampun pada kesalahan kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang hanya Allah sahaja boleh memberikannya..
Anakk ku,
Doakanlah terus untuk suami mu...
Dan doakan juga untuk diri mu sendiri...
Engkau sedang melintasi satuj ambatan yang pendek tapi sulit, untuk pergi ke satu mahligai yang kekal abadi dan bahagia yang hakiki...
Berbaktilah sesungguh hati padanya,
yang telah Allah tentukan sebagai suami mu.
Dan hasilnya jangan kau tuntut darinya anak ku,
tapi nantikanlah ia di Akhirat yang kekal abadi...
*******************************************************
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Hanya padamu ku bermohon..
Amin..
0 comments:
Post a Comment